Kerenah Manusia


Menyelami perasaan manusia ?? hahahaha sebenarnya part ni laaa paling rumit dan paling susah.


Kenapa dan mengapa ?


Lumrah manusia bila susah merungut

Bila senang dah mula lupa diri , lupa daratan dan 

beberapa banyak laaa lagi kita lupa

Sering merintih kenapa kenapa dan kenapa Allah bagi aku banyak sangat dugaan ,cabaran 

Dan masalah menimpa tak henti

Hati mula berbicara aku dah tak tahan semua ini 

Aku dah tak boleh hadapi semua ni

Mengapa mereka tak rasa apa yang aku rasa

Kau tahu ka meraka takde masalah ?

Entah-entah mereka punya masalah lagi teruk dari kita

Biasalah manusia

Sedarkah ramai yang dalam kesenangan tidak bersyukur

Bila doa yang diminta tak dimakbulkan nak salah kan siapa ??

Diri kita sendiri laa siapa lagi kan

Cuba semak balik diri kita adakah kita da cukup sempurna dalam beribadat kepada-Nya ?

Kadang-kadang bila kita dah dapat apa yang diingini dapat apa yang didoakan kita lupa 

untuk Bersyukur dan berterima kasih kepada Nya

Manusia ni banyak jenis banyak ragam

Ada juga yang bersyukur bila apa yang diidamkan tercapai tapi bersyukur untuk masa itu sahaja 


Selepas itu kita lupa

Sedarlah wahai kawan wahai teman saudara saudari sekalian 

Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang kita rindu kita 

Rindu nak dengar kita merintih memohon kepada Nya

Mahu kita dekat kepada Nya

Tapi ..Apa sahaja yang kita buat ??Kita cuma fikir masalah kita sahajaCuba jelajah segenap inci duniaPerhatikan lihat dengan mata hati bukan mata dua biji tu.Dalam sedar tak sedar ramai lagi orang yang lagi susah dari kita Yang lagi teruk ditimpa masalah dari kitaYang merasa kehilangan lagi teruk dari kitaKita tak sedar kita tak sedar sebab kita pentingkan diri sendiriBila panas merungut Bila hujan kita marahApa lagi yang kita nak dekat dunia ni?Hidup kita tak kekal laa kawanSampai masa kita kembali kepada NyaKenapa kita perlu takut mati walhal kita nak ganjaran syurgaSama-sama lah kita fikir-fikirkan lah.


Comments